Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan

 on Sabtu, 31 Oktober 2015  

Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan

topbola.net - Berita olahraga dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau akan mencoba berbagi berita Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan

Jika anda gemar memerhatikan taktikal sesebuah pasukan ketika menonton perlawanan bola sepak, anda akan perasan dua perkara.

Pertama, bentuk (shape) sesebuah pasukan ketika dalam fasa menyerang dan bertahan adalah berbeza.

Skrin TV mungkin menunjukkan Barcelona bermain dengan formasi 4-3-3.

Tetapi apabila Barcelona bermain, shape mereka berubah kepada 3-3-4 atau 3-4-3. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.

Kedua, fluidity (kelancaran hantaran) sesebuah pasukan berkait rapat dengan shape sesebuah pasukan.

Semua 11 pemain dalam padang perlu faham shape pasukan ketika dalam fasa serangan dan pertahanan sebelum pasukannya dapat bermain dengan fluidity yang tinggi.

Apa itu shape pasukan?

Konsep shape pasukan sebenarnya mudah. Luaskan (buka) padang ketika menyerang, sempitkan (compact) padang ketika hilang bola. Tak kiralah dalam apa-apa formasi.

Nota: Ramai terkeliru antara formasi dan corak taktikal. Formasi adalah susunan kuantiti pemain berdasarkan unit. Manakala taktikal adalah cara formasi itu dimainkan atau digerakkan.

Shape pasukan ketika fasa serangan

Saya bagi satu contoh.

Ketika menyerang, pemain sayap perlu berada berhampiran dengan garisan tepi padang (touchlines).

Apabila pemain sayap menerima bola, pemain tengah dan full back perlu mencari ruang (space) untuk menyokong pemain sayap tersebut.

Jika pemain sayap tersebut tidak dapat menewaskan pertahanan lawan dalam situasi 1 lawan 1, sekurang-kurangnya beliau mempunyai pemain tengah dan bek sebagai sokongan.

Ini mengelakkan pasukannya daripada hilang penguasaan bola dengan mudah.

Pasukan yang mampu mengurus ruang (organizing the space) dengan baik mampu meningkatkan kemampuan pemainnya untuk berhubung (link up) dengan lebih mudah melalui hantaran pendek (short passes).

Apa yang berlaku dalam Liga Super?

Satu perkara yang jelas dapat diperhatikan jika kita menonton perlawanan Liga Super adalah – shape pasukan agak berterabur.

Bagaimanapun, masih ada juga pasukan-pasukan seperti JDT, Lions XII dan Terengganu yang faham konsep shape pasukan dan kepentingannya.

Contoh 1: JDT

Bermain dalam formasi 4-4-2, Luciano Figueroa dan Safee Sali seringkali bergilir-gilir turun ke bahagian tengah (middle third) apabila pemain tengah JDT mula menerima bola daripada jentera pertahanan.

Sebaik sahaja Luciano/Safee menerima bola, beliau akan disokong oleh pemain sayap, perancang tengah (selalunya Safiq Rahim) dan full back yang naik.

Apabila pemain sayap mereka membawa bola masuk ke tengah, anda boleh jamin akan ada S. Kunanlan atau Fazly Mazlan yang membuat larian overlapping untuk mengekalkan keluasan (width) dan shape pasukan JDT.

Ini menyebabkan link up antara jentera serangan dengan jentera tengah JDT sentiasa lancar.

Shape pasukan ketika fasa bertahan

Apabila pasukan anda kehilangan bola, perkara pertama yang pasukan anda perlu buat adalah menyempitkan padang (keeping compact shape).

Kita seronok bersembang tentang counter-pressing atau gegenpressing.

Tetapi tahap bola sepak kita masih lagi di tahap counter attack dan masih terlalu awal untuk menyentuh gegenpressing.

Halangan terbesar kita adalah isu kepadatan atau compactness dan ketiadaan sokongan.

Contohnya, apabila ada pemain tengah atau serangan memberi tekanan kepada pemain pasukan lawan, masih banyak pasukan mengekalkan rigid flat 4 di barisan pertahanan

Mungkin stamina pemain yang rendah dan kejahilan taktikal menjadi penghalang kepada jurulatih tempatan untuk melaksanakan counter-pressing.

Apa yang banyak dilakukan oleh pasukan di Malaysia adalah, menyerap tekanan di kawasan kubu sendiri sebelum melancarkan serangan balas.

Baca juga: Pengenalan Kepada Taktik Gegenpressing

Apa itu fluidity pasukan?

Seperti yang saya beritahu tadi, fluidity (kelancaran hantaran) sesebuah pasukan berkait rapat dengan shape sesebuah pasukan.

Semasa final AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dengan Thailand, pemain Thailand membina 27 urutan hantaran pendek yang cantik.

Pemain skuad kebangsaan kita ibarat mengejar bayang-bayang. Mereka tidak dapat datang hampir ke bola. Thailand bermain dengan fluidity yang tinggi.

Ramai peminat bola sepak memuji teknik individu pemain Thailand kerana mampu menghasilkan gerakan ‘tiki taka’ sebegitu. Tetapi shape pasukan Thailand yang cemerlang juga penting untuk menghasilkan gerakan itu.

Perhatikan dalam video di atas.

Jika ada 1 pemain yang turun, akan ada 1 pemain dari bawah yang akan naik.

Jika ada 1 pemain dari kawasan sayap yang bergerak ke tengah, akan ada 1 pemain dari tengah yang bergerak ke kawasan sayap.

Setiap kali mendapat bola, pemain Thailand mempunyai 2-3 pilihan hantaran (passing options) di hadapannya.

Contoh 2: Arsenal

Salah satu pasukan yang mempunyai fluidity yang tinggi dalam taktikalnya adalah Arsenal.

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana Arsenal memanfaatkan kekuatan sayap kirinya ketika serangan.

a5rsenal

Dalam taktikal ini, Alexis dapat bermain seperti penyerang kedua, membawa bola dari kiri ke tengah sebelum membuat percubaan.

Mesut Ozil pula akan menggantikan posisi Alexis di kiri. Natxo Monreal pula akan naik atas untuk mengekalkan keluasan (width) dan shape pasukannya.

Ramai yang mempersoalkan keputusan Arsene Wenger yang meletakkan Aaron Ramsey di sayap kanan.

Mereka perlu tahu fluidity Arsenal membolehkan Ramsey banyak bermain di tengah. Hector Bellerin pula akan naik dan kekal di sayap kanan.

Ramsey hanya berada di sayap kanan apabila Arsenal hilang penguasaan bola.

Contoh 3: Barcelona

Apabila sesebuah pasukan mempunyai fluidity yang tinggi, ia menjadikan taktikal pasukan itu unik dan tak dapat dijangka/dibaca oleh pasukan lawan.

Menentang pasukan yang menggunakan 2 penyerang, Barcelona tidak mempunyai sebab untuk meletakkan 4 pemain pertahanan sebagai rigid flat 4.

Apatah lagi jika pasukan itu lebih banyak berkampung dalam kawasan kubu mereka sendiri.

Oleh itu, Barcelona membenarkan Daniel Alves untuk bermain sebagai pemain sayap kanan. Ini yang menyebabkan Barcelona kerap berada dalam  3-3-4 bila menyerang.

334

Dan jika mereka buntu dengan penggunaan Alves, mereka akan bertukar kepada Alba.

Saya sertakan contoh pendekatan taktikal yang hampir sama dengan Arsenal dimana Barcelona meramaikan pemain di sebelah kiri pula.

qlbq

Fluiditi di Liga Super

Di negara kita, belum ada pasukan yang benar benar memiliki sifat fluidity.

Pemain kita tidak diajar untuk bermain dalam sistem taktikal yang mempunyai fluidity yang tinggi. Akibatnya, pemain pertahanan kita hanya tahu clear bola sahaja.

Pemain di jentera serangan dan tengah pula hanya tahu bermain di posisi masing-masing.

Pembangunan kemahiran pemain sebagai all-round footballer dikorbankan semata-mata untuk memenuhi matlamat jangka masa pendek jurulatih akar umbi hanya mahukan kemenangan semata-mata.

Kesimpulan

Fluiditi adalah salah satu komponen penting dalam taktikal moden yang harus dipandang lebih serius oleh mana mana jurulatih dan pakar taktikal di dalam negara kita.

Kenapa saya tekankan isu ini dalam bolasepak di negara kita?

Kerana fluid football adalah aliran total football yang lebih kepada pertarungan taktikal dan manipulasi kepada kelemahan lawan atau kekuatan unit dalam pasukan.

Sistem ini tak memerlukan pemain untuk terlibat dengan bolasepak fizikal terlalu banyak. Ia lebih kepada kelincahan dan kreativiti. Bukan mudah tetapi tak salah mencuba.

Baca juga: Mengapa Kita Tak Bermain Free Flowing Football?

The post Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan appeared first on Semuanya BOLA.

Ikuti perkembangan berita dunia olahraga dan prediksi skor bola menarik lainnya di situs topbola.net.
--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.
Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan 4.5 5 Zum Bola Sabtu, 31 Oktober 2015 Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan topbola.net - Berita olahraga dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info t...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.