Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak Gaya Amerika Syarikat

 on Jumat, 30 Oktober 2015  

Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak Gaya Amerika Syarikat

topbola.net - Berita dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau akan mencoba berbagi berita Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak Gaya Amerika Syarikat

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Nazreen Izahar yang merupakan seorang peminat DC United. Sila layari blog beliau untuk untuk lebih banyak artikel bola sepak daripada beliau.

Antara janji Amerika Syarikat kepada FIFA sekiranya mereka berjaya mendapatkan hak tuan rumah Piala Dunia pada 1994 adalah dengan mewujudkan liga bola sepak yang teratur.

Dan pada 1996, Major League Soccer (MLS) memulakan musim pertamanya dengan 10 kelab.

1. Berapa banyak pasukan bertanding dalam MLS?

Pada 1996, cuma 10 pasukan saja dalam musim sulung MLS. Mereka terdiri daripada:

  1. DC United,
  2. Los Angeles Galaxy,
  3. Columbus Crew,
  4. New England Revolution,
  5. New York Red Bulls,
  6. Colorado Rapids,
  7. FC Dallas,
  8. San Jose Earthquakes,
  9. Sporting Kansas City dan
  10. Tampa Bay Mutiny (sudah dibubarkan).

Saban tahun liga ini meningkat dari segi penyertaan pasukan dan pada 2007 pasukan dari Kanada pula menyertai MLS iaitu Toronto FC.


MLS dijangka akan terus berkembang dengan penyertaan beberapa pasukan lagi dalam tempoh 3 hingga 4 tahun seperti Atlanta United, Los Angeles FC dan Minnesota United.

Buat masa sekarang MLS sudah mempunyai 20 pasukan. Dan ia menampakkan petanda positif kerana MLS mahu mewujudkan liga 24 pasukan pada tahun 2020.

2. Bila MLS berlangsung?

Musim liga bola sepak di Amerika Syarikat bermula pada Mac hingga Oktober.

Hal ini sering menjadi isu kerana MLS sering bertembung dengan kejohanan anjuran FIFA dan CONCACAF. Seperti Piala Dunia serta Piala Emas CONCACAF.

Ini menyebabkan sesetengah pemain di MLS akan terlepas aksi MLS kerana tugasan negara.

Ada cadangan untuk mengadakan musim MLS sama seperti di Eropah. Tetapi cadangan itu tidak praktikal kerana perjalanan jadual liga perlu dihentikan pada musim sejuk.

Ini kerana sesetengah tempat mempunyai suhu sejuk yang luar biasa.

Malah MSL juga perlu bersaing dengan NBA, NFL, MLB dan sebagainya dari segi kehadiran penonton kerana liga-liga itu lebih popular.

Untuk musim 2015, setiap 20 pasukan perlu bermain 34 perlawanan untuk menghabiskan musim tetap mereka (regular season).

3. Setiap pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut geografi

20 pasukan terbahagi kepada dua kumpulan – Eastern Conference dan Western Conference – mengikut kedudukan geografi mereka didalam peta Amerika Syarikat dan Kanada.

Realignment

Sistem ini samalah seperti yang diguna pakai dalam NBA, NFL dan MLB.

Setiap 20 pasukan perlu bermain 34 perlawanan dengan kadar yang tidak seimbang dari jumlah pembahagian home dan away nya.

Ini kerana setiap pasukan perlu bermain 24 perlawanan menentang lawan mereka dari kumpulan (conference) yang sama.

Untuk baki 10 perlawanan lagi, mereka perlu menentang pasukan dari kumpulan (conference) yang lain.

4. Hubungan MLS dengan liga bawahan

Walaupun di Amerika Syarikat mereka mempunyai piramid bola sepak sama seperti di negara lain, namun mereka saling tidak berkaitan.

Maksudnya disini mereka tidak mengamalkan sistem promosi dan penyingkiran seperti yang diamalkan oleh liga bola sepak luar Amerika Syarikat.

Liga ke-2 di Amerika Syarikat dikenali sebagai North America Soccer League (NASL). Manakala United Soccer League (USL) merupakan liga kelas 3 di sana.

Kelab-kelab bawahan ini akan bertemu pasukan-pasukan MLS apabila mereka diundi untuk bertemu ketika U.S Open Cup (gambar piala di bawah) sahaja.

 

5. Piala Terbuka Amerika Syarikat (U.S Open Cup)

Lamar Hunt US Open Cup Trophy, PPL Park

Hanya satu kejohanan sahaja yang dipertandingkan ketika musim liga sedang berjalan iaitu U.S Open Cup. Ia melibatkan kelab dari MLS, NASL, USL dan kelab amatur di serata Amerika Syarikat.

Ia menggunakan format kalah mati dengan hanya bermain satu perlawanan sahaja. Jika keputusan seri selepas 90 minit maka ia akan berlanjutan ke masa tambahan dan sepakan penalti jika perlu.

Kelab dari MLS hanya akan mula bermain dari pusingan ke-4 sahaja.

Memandangkan Amerika Syarikat tidak ada stadium nasional, perlawanan akhir akan ditentukan dengan balingan duit syiling untuk menentukan siapa akan menjadi tuan rumah.

6. Hubungan antara Supporters’ Shield dan MLS Cup

Dalam MLS, apabila kita mencari carta liga mereka, kita akan jumpa 3 carta: carta Western Conference, Eastern Conference dan Overall Table.

Supporters’ Shield akan diberikan kepada pasukan yang mempunyai rekod terbaik sepanjang liga. Yakni pasukan yang muncul juara dalam Overall Table.

Apa fungsi carta Eastern dan Western Conference?

Fungsinya untuk menentukan pasukan mana akan ke kejohanan pasca-liga iaitu MLS Cup.

mls-cup-champions

12 pasukan akan dipilih dengan 6 pasukan teratas dari Eastern Conference dan 6 dari Western Conference akan bersaing untuk merebut MLS Cup.

Pada pusingan pertama, mereka akan bermain 1 perlawanan sahaja tanpa timbal balik.

Pasukan di tempat ke-3 akan menjadi hos kepada pasukan tempat ke-6. Manakala pasukan ke-4 akan menjadi hos kepada pasukan ke-5.

Pasukan yang menang dalam pusingan ini akan mara ke separuh akhir yang berlangsung secara timbal balik.

Mereka akan menentang pendahulu atau pasukan tempat ke-2 Conference masing-masing.

Pemenang di bahagian ini akan ke Conference Final dan akan beraksi juga secara timbal balik.

Pemenang di Conference Final akan ke perlawanan akhir MLS Cup untuk bertemu pemenang Conference Final dari conference yang lain.

Final ini diadakan di gelanggang pasukan yang mempunyai rekod lebih baik antara dua finalis ini pada musim liga.

Pemenang MLS Cup akan dikira sebagai juara liga. Pelik bukan?

Secara analoginya di Malaysia, Liga Super adalah Supporters’ Shield. Piala FA pula adalah U.S Open Cup. Manakala Piala Malaysia adalah MLS Cup.

Bagi penulis, memenangi MLS Cup lebih masyhur dan bernilai daripada memenangi Supporters’ Shield.

7. Kelab MLS dan CONCACAF Champions League

113236447

Untuk saingan benua, Amerika Syarikat mendapat 4 slot dan Kanada mendapat 1 slot.

3 slot adalah untuk 3 pasukan terbaik dalam musim liga MSL dan satu lagi adalah untuk juara U.S Open Cup.

1 slot untuk Kanada adalah untuk juara Piala Kanada atau Canadian Championship yang hanya ditandingi oleh kelab-kelab Kanada sahaja.

Buat masa ini, tiada satu kelab MLS pernah menjuarai kejohanan ini.

8. Kelainan di MLS yang boleh kita pelajari

Pada pertengahan liga, MLS akan berehat untuk memberi ruang kepada perlawanan antara MLS All-Stars dengan pasukan ternama dunia dari Eropah.

Menariknya, barisan pemain dipilih sendiri oleh peminat menerusi undian.

Dan menarik lagi, baju untuk pemain MLS All-Stars akan ditampalkan dengan logo MLS di lengan baju serta logo pasukan yang mereka wakili disebelah lengan yang satu lagi.

Anda boleh lihat contoh jersi Clint Dempsey ketika perlawanan MLS All Star menentang Tottenham Hotspurs:


Selain itu, MLS akan mengadakan undian untuk menentukan gol terbaik pada setiap minggu serta aksi penjaga gol paling memukau melalui Saves of The Week.

Peminat akan mengundi di laman web MLS untuk menentukan pemenang.

Dan yang paling mencuri perhatian adalah MLS Rivalry Week dimana MLS telah menyiapkan 1-2 minggu khas untuk derby.

Dalam Rivalry Week kita dapat saksikan:

  • Battle of Cascadia (Seattle Sounders lawan Portland Timbers),
  • California Classico (Los Angeles Galaxy lawan San Jose Eartquakes),
  • Atlantic Cup (DC United lawan New York Red Bulls) dan banyak lagi dalam satu hari.

Ia semestinya akan menaikkan semangat penonton untuk ke stadium. Liputan media akan menjadi lebih meluas.

9. Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun bola sepak hanyalah sukan nombor 5 paling disukai di Amerika Syarikat, namun MLS telah berkembang pesat sejak 20 tahun penubuhannya.

Malah kini purata kehadiran penonton ke stadium untuk MLS adalah paling tinggi antara semua sukan!

Liga ini mempunyai masa depan yang cerah untuk setanding dengan liga elit Eropah.

Liga ini telah lengkap dari segi media, fasiliti serta penyokong yang fanatik cuma tahap permainan sahaja yang perlu ditingkatkan.

Sampai disini saja penulisan kali ini, seterusnya kita akan mengetahui bagaimana CONCACAF melaksanakan kejohanan peringkat benuanya. Jumpa lagi!

The post Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak Gaya Amerika Syarikat appeared first on Semuanya BOLA.

Ikuti perkembangan berita bola menarik lainnya di situs topbola.net.

Powered by WPeMatico


--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.
Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak Gaya Amerika Syarikat 4.5 5 Zum Bola Jumat, 30 Oktober 2015 Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak Gaya Amerika Syarikat topbola.net - Berita dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian da...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.